PERANAN PELAJAR~PESANAN DARI AL-MAUDUDI (1)
Oleh – Al-Maududi
Pendahuluan
Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani. Segala puji tertentu
bagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih.
Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada
saudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di
hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di
dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya
kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan ‘akidah Islam, menyedari
tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan
sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat
pengajian tinggi tersebut.
Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dan
sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia
Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada
umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab.
Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran
di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipun
sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir
dan tradisi barat.
Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah: Apakah peranan
yang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina
masa depan dunia Islam?
Keadaan dan masalah yang sama
Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahawa perbualan saya ini
saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan
dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelah
merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiap
cabang kehidupan mereka yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan
membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima dari barat.
Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh
dunia Islam pada hari ini adalah sama. Kerana itu para pelajar di dunia Islam
menghadapi problem yang sama.
Umat Islam dan bukannya negeri Islam
Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian, bahawa
bukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadansempadan
negerinya yang memanjang, bukit bukaunya yang mengawan,
sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yang
saya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yang
berkenaan.
Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepada
kemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh itu
hendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yang
kita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datang
sekiranya kita ingin melihat segala tamadun dan kebudayaan kita kekal di
negeri-negeri itu. Bukan ini saja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasi
akan datang sanggup memikul amanah yang berat ini dengan penuh
kemampuan dan kesedaran, agar mereka juga berkesanggupan memindahkan,
amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.
Hakikat kemusnahan umat
Sesungguhnya umat-umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan
itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan
kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita mengatakan bahawa
tamadun bangsa BABIL dan FIR’AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsabangsa
itu telah hilang ciri-cirinya ditelan zaman. Adapun generasi bangsa Babil
itu masih membiakkan keturunannya, tetapi identiti kebangsaannya telah
lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi
tamadun yang dikenali dengan nama Tamadun Fir’aun tidak lagi dilihat
kesannya.
Segalanya itu ialah kerana generasi mereka yang silih berganti telah
hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari
generasi yang lalu kepada jenerasi yang lahir selepasnya.
Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila
hiiang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain tnaka
itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.
Sejarah telah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel
telah hilang dan dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam
hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau
telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selama-lamanya.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan
telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran itu tidak berpindah kepada
generasi-generasi yang lahuselepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan
tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di
dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu
berketurunan Israel.
Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu adalah
bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya
meraka berkemampuan menielihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah
tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.
About this entry
You’re currently reading “PERANAN PELAJAR~PESANAN DARI AL-MAUDUDI (1),” an entry on Amarshukry’s Irsyadie’s
- Published:
- Ogos 27, 2008 / 8:04 am
- Category:
- ARTIKEL
- Tags:
No comments yet
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]