MERDEKA YANG PARAH!
Dalam kamus dewan edisi keempat, merdeka membawa erti bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan atau lepas dari tebusan, tuntutan.berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain. Manakala perihal kemerdekaan pula membawa erti kebebasan. Kemerdekaan yang dicapai oleh negara perlulah dihargai dan disyukuri oleh segenap lapisan masyarakat bagi melestarikan semangat cintakan negara yang dicanang dalam melahirkan modal insan yang berjaya, berwawasan dan sentiasa peka terhadap kejerihan negara dalam mencapai kemerdekaan.
Tarikh ‘keramat’ bagi mereka yang mempunyai kad pengenalan @ IC Biru dalam daftar penduduk JPN sudah tiba di hujung koridor masa. Kini kita memasuki fasa kedua 50 tahun mendatang setelah 50 tahun pertama telah berlalu dengan sejuta kali jatuh & bangun, tangis & tawa, untung & rugi, betul & salah serta pelbagai lagi mehnah dan tribulasi hidup di atas bumi bertuah Allah s.w.t ini.
Jika dulu, tarikh tersebut dinanti-nantikan saban tahun tidak kira tua atau muda, baik apa pun warna epidermis waima gelap; sawo matang; atau kuning langsat. Jalur Gemilang dipacak tanpa dipaksa oleh segenap hamba rakyat. Berbunga hati mereka yang bergelar anak watan setiap kali tiba hari yang bersejarah tersebut.
Kini, fasa kedua menjengah pintu rumah rakyat jelata dengan permulaan yang meruntun gusar, resah, hampa, marah dan sejuta satu lagi rasa negatif. Dimulakan dengan ‘peringatan’ daripada rakyat yang menjadikan suatu kuasa politik tertua di Malaysia & tidak keterlaluan di ‘embossed’ sebagai kerajaan paling lama memerintah di zaman moden kala ini akhirnya berjaya ditempangkan melalui pilihanraya yang juga tempang, lantas mengejutkan ‘gergasi tua’ yang terlalu lama ber’hibernasi’. Padan muka!
Kemudian diteruskan dengan tewasnya hak kedaulatan negara kepada jiran tetangga Temasik a.k.a Singapura melalui penyerahan tanpa rela Pulau Putih Mata yang hanya sekangkang kutu. ‘Pencapaian baik’ negara diteruskan lagi dengan kesinambungan kenaikan harga minyak tanpa belas semenjak tengkolok kuasa diserahkan oleh Memanda Menteri keempat pada tahun 2004. Tahun ini menyaksikan kenaikan paling dahsyat dimana rakyat tidak sempat bersedia lantaran amaran kenaikan yang di putar alamkan dari sebulan kepada sepantas tak sampai 48 jam.
Fitnah telah berleluasa disebarkan. Rakyat yang bijak dalam diam cuba di’pandaikan’ melalui hidangan cerita-cerita penglipur lara bagi melupakan derita hidup yang dialami…Dan pelbagai lagi ceritera seribu satu malam bakal didendangkan kepada rakyat, hanya menunggu skripnya siap sahaja. Dalam diam, kemerdekaan yang dicapai oleh rakyat semakin membutuhkan lagi pemikiran yang sudah jumud, rigid.
Sebagai penambahan, ISLAM di bumi Malaysia semakin ditekan. Murtad berleluasa, mahkamah syariah semakin hilang kredibiliti dan hukum Allah dipelbagai-variasikan mengikut tekak empunya kuasa. Lagak memerintah negara bagai TUHAN ALAM. Semua tahu. Kononnya! Sekarang, bila masalah yang berbagai timbul, orang yang tidak bersalah pula dituding jari. Kemudian, dalam pembentangan bajet 2009 pandai pula nak membodek rakyat. Pengampu taik hidung masin betol! Ini belum cerita tentang moral remaja kini. Nak cerita pun, kalian semua sudah maklum. Zina, rogol, rompak, samun, culik, rempit, dadah, arak, macam-macam lagi.
31 Ogos sudah menjelma, bermaknakah lagi kepada Malaysia..??? Fikirkanlah wahai mereka yang mempunyai akal fikiran.
SELAMAT(KAN ) TINGGAL( AN) MALAYSIA!!!!!
Ibnushukry
31 OGOS 08
2:15 a.m
About this entry
You’re currently reading “MERDEKA YANG PARAH!,” an entry on Amarshukry's Irsyadie's
- Published:
- September 1, 2008 / 10:27 am
- Kategori:
- SEMASA
- Label:
Tiada komen lagi
Jump to comment form | comment rss [?] | trackback uri [?]