PENGENALAN TARBIYAH ISLAMIAH.
DEFINISI TARBIYAH
Secara umum tarbiyah adalah merupakan segala usaha yang dilakukan ke arah pengabdian diri kepada ALLAH secara sempurna. Lantaran itu tarbiah adalah merupakan segala usaha yang melibatkan pendidikan, pengalaman, penglibatan dalam perjuangan ISLAM, kesan persekitaran dan factor-faktor lain yang boleh mendekatkan diri kepada ALLAH.
Mengikut Dr. Ali Abd Halim Mahmud,tarbiah merupakan suatu method yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan sama ada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia ke arah lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah tertentu.
MATLAMAT TARBIYAH
Tarbiah Islamiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri. Antara matlamat tersebut ialah:
a) Pengabdian diri kepada ALLAH mengikut apa yang telah pun disyariatkan melalui Rasulullah.
b) Membina umat yang muttaqin serta mempunyai hubungan yang kuat dengan ALLAH.
c) Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan.
d) Memimpin dan memerintah dunia.
e) Melaksanakan hukuM dan syariat ALLAH.
Ini adalah matlamat asas kepada tarbiah islamiah. Di sana banyak lagi matlamat yang lain mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.
FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH
a) Keyakinan yang teguh bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang mampu merubah masyarakat, membentuk petugas-petugas dakwah dan mencapai cita-cita dan harapan.
b) Adanya manhaj tarbiah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang dan dari sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan yang berbagai, ditegakkan di atas falsafah yang jelas dan diceduk terus dari ajaran islam yang tulin.
c) Suasana jamai’e yang positif yang dibina oleh jamaah di mana setiap anggota cuba sedaya upaya untuk melaksanakan cara hidup islam yang tulin.
d) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman (khibrah).
e) Wujud sebilangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melakukan tugas mereka.
f) Kepelbagaian wasilah:fardi atau jamai’e, teori atau amali, aqli atau ‘atifi, positif atau negative.
Dengan adanya faktor-faktor tadi, pasti akan lahirlah ketamadunan manusia yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat, di samping menjaga nilai tatasusila dan kehormatan manusia.
CIRI-CIRI TARBIYAH ISLAMIAH
Antara keistimewaan tarbiah islamiah ialah ia mempunyai beberapa ciri khusus yang tidak terdapat pada sistem tarbiyah lain. Antara ciri-ciri khusus tersebut ialah:
a) Ketuhanan
b) Sempurna dan lengkap
c) Positif dan membangun
d) Kesederhanaan dan keseimbangan
e) Persaudaraan dan jamaah
BENTUK-BENTUK TARBIAH ISLAMIAH
Bagi melengkapi ciri-ciri yang telah disebutkan, maka penumpuan tarbiah islamiah perlulah ditumpukan kepada semua bidang atau aspek terpenting dalam kehidupan individu atau masyrakat. Oleh itu tarbiah islamiah mestilah mencakupi aspek-aspek berikut:
a) Tarbiah imaniah
b) Tarbiah ruhiyah
c) Tarbiah ijtima’iyyah
d) Tarbiah aqliyyah
e) Tarbiah jismiah
f) Tarbiah siasiyyah
Dalam perbahasan tajuk ini, tidaklah menjadi hajat penulis untuk memperincikan satu persatu bentuk-bentuk tarbiah di atas. Cuma penumpuan hanya akan diberikan pada tarbiah ruhiyyah yang menjadi topik sebenar perbincangan ini.
About this entry
You’re currently reading “PENGENALAN TARBIYAH ISLAMIAH.,” an entry on Amarshukry’s Irsyadie’s
- Published:
- September 1, 2008 / 10:24 am
- Category:
- MANHAJ
- Tags:
No comments yet
Jump to comment form | comments rss [?] | trackback uri [?]